Wednesday, July 15, 2009

Kehilangan Yang Tak Terduga.....

bile aku nak taip entry ni, fikiran aku masih terbyng2 wajah beliau, terdengar lagi gelak tawa beliau, terngiang2 lagi suara beliau mengajar subject selling mngt, consumer behav, channel mngt dan jugak retailling.... Dengan penuh semangat, walaupun ade hari yang beliau tak sihat, beliau tetap gagahkan diri mencurahkan ilmu demi "permata" yang bergelar anak bangsa....

Aku ingt lagi mase hari first beliau mengajat aku, beliau amat meniti beratkan penampilan para pelajarnyer.... Perempuan wajib bersolek ngan pkai kasut heal, yang gents kene pakai formal.... First impression aku kat beliau mase tuh, aku anggap beliau amat garang dan tegas orgnyer... tapi bile dah lame2 tuh, brula aku tau yang beliau merupakan seorg yang ceria dan suke berkongsi pengalaman hidup... tak kirala pengalaman ngan family, kwn kat university, pengalaman kerja dan bnyk lagi la....

Mase tuh, beliau merupakan salah seorang lecture Pioneer Diploma Pemasaran Poli Merlimau, so aku belajar bnyk subjek ngan beliau disebabkan kekurangan tenaga pengajar.... Bnyk sgt kenangan antara aku, kwn sekelas dgn beliau... kami semua dah puas kene marah ngan beliau, dtg kelas lambtla, test tak perform, assignmnt "sucks" mcm2 lagi la....

tapi aku tau, tu sumer ader hikmahnya.... tujuan beliau marah2 kitorg ni sbb nak mendidik pelajarnyer buat kerja secara sistematik, konsentrasi dalam kelas, supaya senang bile nak tempuh alam pekerjaan....

Aku ingt lagi, mase aku semester 5@6 (aku pun dah lupe), aku mewakili poli merlimau dalam Debat Bahasa Malayu Piala Citra Daksina kali ke-2. Mase tuh aku bertnding kat UiTM Segamat. Beliau jdi lecturer pengiring untk pasukan debat PMM. Beliau nampak excited sebab beliau ckp beliau nak imbas blek memori beliau mase bergelar student ITM Segamat.... Nak jumpe lecturer2 lame beliau... Aku ingt lagi lagi muke arwah mase berjumpa dgn Pn Che Faridah... Ceria sgt....

Tapi sekarang ni, bile aku tatap gambar beliau dalam facebook, dalam hard dics, aku jadi sedih.... sedih yang tak dapat diungkap dgn kate2.... Pemergian yang mengejutkan pada waktu subuh tanggal 11 Julai 2009 (sabtu), seolah2 bagi aku 'wake-up-call'... aku terperanjat sgt.... dalam hati aku kate, ALLAH lebih menyayangi beliau... Aku trus qol2 kwn yang lain lepas dpat sms dri Pn Nurol Aleyzan (academic advisor aku n kwn baik arwah since diploma).....

hajat nak melawat arwah kat Hospital Ampang tak dapat ditunaikan kerana arwah terlebih dulu menyahut seruan Ilahi.... Yang buat aku terkilan ialah aku dgn kwn2 yang lain rancang nak melawat arwah pada 11 Julai 2009... kwn2 aku yang tibe awal sempat la sembahyangkan jenazah, dan pergi ke tanah perkuburan... tapi aku tak sempat sampai... aku sampai kat serdang pun lepas semuanya dah selesai..... Hanya aku dpat panjatkan doa semoga rah arwah dicucuri rahmat....

Semoga Allahyarhamah Cik Nazimah binti Baharin yang kembali ke Rahmatullah pada 11 Julai 2009 pada usia 33 tahun, akan ditempatkan dalam golongan org2 yang beiman... Amin....

Sedikit info tentang Arwah - merupakan graduan UiTM Johor dan UiTM Melaka, bekhidmat sebagai Pensyarah di Politeknik Merlimau dalam bidang Pemasaran.

Aku bangga dpt teruskan legasi arwah iaitu menjadi warga UiTM Segamat dan mengambil BM220 - BBA Marketing....

Al-Fatihah......